suria

Tragedi pentas runtuh! Sekurang-kurangnya 9 maut termasuk kanak-kanak

Tangkap layar rakaman detik-detik kejadian pentas runtuh di Mexico.

SEKURANG-kurangnya sembilan orang, termasuk seorang kanak-kanak maut selepas pentas runtuh ketika acara kempen pilihan raya, dalam kejadian di utara Mexico.

Menurut pihak berkuasa, kejadian pada Rabu malam itu berlaku akibat angin kencang.

Gabenor Nuevo Leon, Samuel Garcia berkata, insiden itu juga mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 orang cedera.

Soldiers stand near ambulances after a gust of wind caused a structure to collapse, resulting in multiple fatalities and injuries, at a campaign event for the Citizens' Movement party, in San Pedro Garza Garcia, Nuevo Leon, Mexico May 22, 2024. REUTERS/Daniel Becerril

Pasukan keselamatan berada di lokasi kejadian. -Foto Reuters

Tular rakaman menunjukkan insiden menyebabkan keadaan menjadi huru-hara, dan menyaksikan orang ramai menyelamatkan diri dari pentas yang runtuh.

Selain itu, sebuah skrin gergasi turut tumbang di kawasan berdekatan dengan calon presiden, Jorge Alvarez Maynez dan sekumpulan anggota parti Pergerakan Rakyat berdiri.

"Dukacita saya melaporkan bahawa setakat ini jumlah orang yang terbunuh dalam kemalangan itu ialah lapan orang dewasa dan seorang bawah umur," tulis Garcia menerusi satu hantaran di laman X.

Bercakap kepada media dari lokasi kejadian di bandar San Pedro Garza Garcia, beliau menyifatkan ia sebagai 'satu tragedi'.

Maynez yang berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan serius berkata, pentas runtuh akibat tiupan angin yang kuat.

"Saya baik-baik saja dan berhubung dengan pihak berkuasa," katanya mengenai insiden yang berlaku. - Sky News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain