suria

Adik umur 13 tahun bernafsu dengan kakak, rogol sampai mengandung! Rupanya pernah ‘layan’ video lucah bersama

Rogol merupakan satu jenayah yang keji. -Gambar hiasan

POLIS di Navi, Mumbai menahan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun selepas didakwa merogol kakaknya sendiri.

Penahanan itu dibuat selepas kakaknya yang berusia 15 tahun dibawa ke Hospital Besar Bashi oleh ibu bapa mereka untuk menggugurkan kandungan yang berusia tiga bulan.

Menurut seorang pegawai polis, dua beradik itu cuba melakukan hubungan seks buat kali pertama pada Disember 2023, tetapi gagal.

"Namun pada bulan berikutnya (Januari), budak lelaki itu didakwa merogol walaupun dia (kakak) meminta untuk tidak melakukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak 3 tahun dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh, mayat dibuang dalam sungai

"Perkara itu akhirnya didedahkan kepada ibu selepas mangsa tidak datang haid dan hamil," kata pegawai itu.

Berdasarkan keterangan awal remaja perempuan itu, dia dan adik lelakinya pernah menonton video lucah bersama-sama.

Kes itu dipindahkan kepada polis Khandeshwar dan Suruhanjaya Kebajikan Kanak-Kanak akan memutuskan tindakan selanjutnya.

Kanak-kanak lelaki itu dituduh di bawah seksyen 376 (rogol) dan 376(2)(n) (berulang kali merogol wanita yang sama) Kanun Keseksaan India, dan seksyen 4, 6, 8 dan 12 di bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO). - Deccan Herald.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain