suria

Pelajar madrasah buli junior dengan seterika, berang mangsa tak sambut salam

Mangsa buli bukan hanya mengalami kecederaan fizikal tetapi mengalami trauma berpanjangan. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar Madrasah Tsanawiyah (MTs) di Semarang, Indonesia ditahan polis selepas didakwa mendera rakan asramanya menggunakan seterika.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Semarang, AKP Aditya berkata, kejadian berkenaan berlaku pada Isnin minggu lalu di asrama madrasah berkenaan.

Ujar Aditya, kejadian bermula apabila kedua-duanya bertemu di masjid, di mana pelaku didakwa tidak berpuas hati selepas mangsa tidak menyambut huluran salamnya.

"Pelaku didakwa ingin bersalaman dengan mangsa, tetapi disebabkan sedang berdoa, mangsa tidak menyambut salam tersebut. Ini mencetuskan kemarahan pelaku terhadap mangsa," katanya.

Tambahnya, selepas mangsa tiba di asrama, pelaku didakwa menghampiri mangsa dengan membawa seterika dan melekapkan ke dadanya.

Aditya berkata pihaknya masih meneliti saksi dan mengumpul bukti bagi menyiasat kejadian itu.

Mangsa yang mengalami kecederaan segera dibawa ke hospital. -DetikJateng

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain