suria

Helikopter dinaiki Presiden Iran terhempas, tiada yang selamat

Presiden Iran dikatakan maut selepas helikopter dinaiki terhempas. -Foto kiri (Getty Image)

PRESIDEN Iran, Ebrahim Raisi dan lapan lagi penumpang dikatakan maut selepas helikopter dinaiki mereka terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Perkara itu dilaporkan menerusi portal CNN selepas media kerajaan melaporkan bahawa 'tiada mangsa yang selamat' ditemukan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi mengenai mangsa yang nahas dilaporkan setakat ini.

Laporan awal daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menunjukkan bahawa semua penumpang di dalam helikopter itu, termasuk Raisi dan Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian terkorban.

Terdahulu media melaporkan sebuah helikopter yang membawa Raisi dan menteri luarnya serta beberapa pegawai kerajaan terbabit dengan nahas di kawasan pergunungan.

Raisi, 63, dilaporkan dalam perjalanan pulang dari melawat wilayah Azerbaijan Timur, di mana dia merasmikan sebuah projek empangan.

Cuaca buruk dengan keadaan kabus yang tebal serta keadaan muka bumi lokasi nahas menyukarkan operasi menyelamat dilakukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain