suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Helikopter bawa Presiden Iran, menteri terbabit nahas... Pasukan SAR dikerah ke lokasi kejadian

Presiden Iran, Ebrahim Raisi. -Foto AP

SEBUAH helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan menteri luarnya terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Ahad.

Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan, helikopter berkenaan ketika itu sedang melintasi kawasan pergunungan dalam cuaca keadaan kabus tebal.

Raisi, 63, dilaporkan dalam perjalanan pulang dari melawat wilayah Azerbaijan Timur, di mana beliau merasmikan sebuah projek empangan.

Cuaca buruk menyukarkan usaha menyelamat namun pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sementara itu, agensi berita Fars menggesa rakyat Iran mendoakan keselamatan Raisi.

Menurut IRNA, helikopter terbabit membawa Raisi, Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan pegawai tempatan.

Menteri Dalam Negeri, Ahmed Vahidi memberitahu bahawa satu daripada tiga helikopter terbabit dengan nahas, dan pihak berkuasa sedang menunggu butiran lanjut. -Reuters

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain