suria

Zakar patah ketika tidur, lelaki tahan sakit 36 jam sebelum dapatkan rawatan

Pesakit perlu segera mendapatkan rawatan jika mengalami kesakitan melampau pada bahagian alat sulit. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki Tunisia terpaksa menahan kesakitan apabila kemaluannya patah ketika dia sedang tidur.

Menerusi butiran yang dikongsi dalam sebuah jurnal perubatan, doktor berkata kemaluan lelaki itu berada dalam keadaan ereksi ketika dia berguling.

Akibatnya, dia terdengar bunyi patah sebelum mengalami rasa sakit pada bahagian kemaluannya.

Lelaki berusia 27 tahun itu terpaksa menahan sakit selama 36 jam sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Ibn El Jazzar di Kairouan.

ARTIKEL BERKAITAN: Oh lelaki! Jaga-jaga gejala patah zakar boleh terjadi... Ketahui punca alat kelamin jadi sakit

Menurut doktor, mangsa boleh membuang air kecil secara normal semula hanya empat hari selepas prosedur pembedahan.

Walaupun zakar tidak mempunyai tulang, namun ia masih boleh patah, jelas doktor.

Dalam kebanyakan kes, mangsa akan terdengar bunyi retak atau meletus ketika ia berlaku.

Selepas itu, zakar akan membengkak dan warnanya bertukar ungu. - Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain