suria

Lebih maskulin! Ramai tergoda lihat Mark Zuckerberg berjambang, hampa lepas dapat tahu gambar edit

Gambar Zuckerberg berjambang disahkan palsu yang mana ia diambil dan disunting daripada sebuah video.

FOTO Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg yang tampil dengan gaya berbeza menjadi perbualan netizen di media sosial.

Menerusi foto tular itu, Zuckerberg menerima pujian netizen kerana tampil dengan gaya berjambang, sekali gus membuatkan dia kelihatan lebih maskulin.

"Wow, dia sebenarnya kelihatan lebih menarik dengan jambang pada wajah.

"Saya tertanya-tanya sejak bila Zuck (Zuckerberg) jadi menarik macam ni?

zukc2

Video asal yang kemudiannya disunting dengan jambang.

"Nampak macam dia nak jadi Paul Walker.

"Dia nampak macam penyanyi kumpulan Coldplay," tulis beberapa netizen di X.

Namun, hasil semakan mendapati ia merupakan gambar palsu yang disunting oleh seorang pengguna media sosial.

Gambar itu diambil daripada video Zuckerberg ketika dia membuat pengumuman mengenai pembantu kecerdasan buatan (AI) Meta iaitu Llama 3 pada Khamis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain