suria

Doktor mogok, hospital ‘reject’ pesakit... Nenek sakit jantung kritikal akhirnya maut!

Korea Selatan ketika ini hangat dengan isu mogok oleh petugas kesihatan. -Gambar AFP

SEORANG wanita warga emas di Korea Selatan meninggal dunia selepas menunggu selama lima jam untuk menjalani pembedahan jantung.

Kematian tersebut berlaku di tengah-tengah mogok doktor sejak berminggu-minggu lalu, yang terus melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan negara tersebut.

Difahamkan, pesakit wanita berkenaan bulan lalu menghubungi perkhidmatan kecemasan selepas dia mengalami sakit dada ketika bekerja di sebuah ladang di Gimhae, kira-kira 300 kilometer dari Seoul.

Perkhidmatan kecemasan cuba menghubungi enam hospital di wilayah Gyeongsang Selatan untuk mendapatkan rawatan bagi pihak pesakit itu, tetapi kesemuanya menolak permintaan tersebut.

Sebuah hospital di bandar berhampiran Busan bersetuju menerima wanita berusia 60-an itu, walaupun ia tidak mempunyai kelengkapan untuk menjalankan prosedur pembedahan jantung.

Pesakit kemudian menjalani beberapa ujian perubatan selama lebih daripada dua jam dan didiagnosis dengan pembedahan aorta, sebelum dia dikejarkan ke hospital lain, di mana pembedahan boleh dilakukan.

Bagaimanapun, pesakit itu meninggal dunia pada waktu malam ketika bersiap sedia untuk menjalani pembedahan. -SCMP

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain