suria

Tragis! Mayat hanya berseluar dalam ditemukan di dapur, lelaki disyaki penggal kepala bapa

Siasatan dilakukan di lokasi kejadian. -Foto FB/ Borderpress Songkhla

SEORANG lelaki disyaki memenggal kepala bapanya di rumah mereka di ladang getah.

Kejadian berlaku di wilayah selatan Songkhla, Thailand.

Polis melakukan siasatan susulan dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa, pada Selasa.

Mangsa dikenali sebagai lelaki berusia 56 tahun ditemukan terbaring di dapur di dalam rumah, dengan hanya memakai seluar dalam.

Kepalanya dipenggal dan diletakkan berhampiran jasadnya.

Polis percaya mangsa meninggal dunia kira-kira empat hari sebelum mayatnya ditemukan.

Siasatan mendapati mangsa tinggal di rumah itu bersama anak lelakinya berusia 33 tahun.

Jiran memberitahu anak mangsa dilihat meninggalkan rumah tersebut sebelum ketibaan polis.

Suspek dikatakan mempunyai sejarah penyakit mental dan penyalahgunaan dadah. Dia menerima rawatan kerana masalah mental lapan tahun lalu tetapi simptom itu kadangkala muncul semula.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain