suria

Tikus gergasi sebesar bayi di belakang rumah buat pesara hidup dalam ketakutan

Derek menunjukkan tikus gergasi sebesar bayi. foto Kennedy News and Media

SEORANG lelaki digemparkan dengan penemuan seekor tikus gergasi di belakang rumahnya.

Derek Blamire mendakwa salah seekor tikus yang ditemuinya bersaiz 18 inci.

Ia dikatakan mempunyai saiz seperti seorang bayi.

Lelaki berusia 82 tahun itu mendakwa tikus muncul dari tanah lapang dekat rumahnya, dan kini memasang perangkap beracun.

Sejak beberapa tahun lalu, katanya, dia telah menangkap kira-kira 50 tikus.

Apabila Derek Derek memegang tikus gergasi menggunakan pemungut sampah, saiz haiwan itu disamakan dengan seekor anak anjing.

"Saya tinggal di sini selama kira-kira tujuh tahun dan saya telah menangkap lebih 50 tikus. Kadang-kadang saya meracuninya, kadang-kadang saya tangkap menggunakan perangkap.

"Jika tikus terus datang, saya akan terus menangkapnya. Saya tidak akan berputus asa," katanya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

tikus gergasi, gempar, tikus, tikus besar

Artikel Lain