suria

Alat muzik aneh diperbuat daripada kulit kucing cetus kemarahan ramai

Aktivis menentang penggunaan kulit kucing dalam alat muzik. Foto: Getty Images untuk Namm

SEBUAH alat muzik tradisional Jepun yang dipanggil sebagai Shamisen mencetuskan kontroversi hangat daripada kumpulan hak asasi haiwan.

Shamisen yang digunakan sebagai hiburan masa lapang rakyat Jepun menghasilkan alunan unik dari membran yang diperbuat daripada kulit kucing.

Alat muzik tersebut kebiasaannya diperbuat daripada pelbagai bahan alam semula jadi seperti kayu pokok mulberi, kayu cendana, sutera, gading haiwan, dan ini termasuk kulit kucing.

Kesemua bahan eksotik itu kini sudah digantikan dengan bahan sintetik alternatif kecuali kulit kucing yang terbukti mustahil untuk ditiru semula.

Pembuat Shamisen menggunakan kulit daripada kucing yang telah ditidurkan di tempat perlindungan haiwan kerana faktor kesihatan atau usia.

Namun begitu, perkara tersebut masih mendapat bantahan dalam kalangan aktivis haiwan yang menyifatkan kulit kucing tidak sepatutnya digunakan dalam pembuatan Shamisen.

Setiausaha Agung Persatuan Pencegah Kekejaman Haiwan, Yasuhiko Aida berkata dunia perubatan dan sains telah menggunakan kulit haiwan sintetik untuk tujuan eksperimen.

"Dunia perubatan dan sains telah membuat perubahan berskala besar untuk menggunakan kulit haiwan gantian dalam eksperimen mereka.

"Shamisen sepatutnya bergerak ke arah yang sama," kata Yasuhiko.

Penghasilan Shamisen mencapai kemuncaknya pada era 1970-an mencecah 18,000 unit setahun dan pengeluaran tahunan kini menurun kepada hanya beberapa ribu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain