suria

Juruterbang pelatih temui ajal angkara gigitan nyamuk di dahi

Oriana meninggal dunia selepas mengalami jangkitan pada otak akibat gigitan nyamuk.

SEORANG juruterbang pelatih meninggal dunia selepas dia digigit nyamuk dan mengalami jangkitan sehingga merebak ke otak, inkues diberitahu.

Oriana Pepper dari Bury St Edmunds di Suffolk, sedang menjalani latihan bagi melayakkannya bergelar sebagai seorang juruterbang syarikat penerbangan komersial, ketika dia meninggal dunia.

Gadis berusia 21 tahun itu juga telah lulus dengan cemerlang peperiksaan teorinya pada program easyJet di Oxford dan kemudiannya pergi ke Belgium untuk penilaian seterusnya.

Semasa di Antwerp, Belgium, Oriana digigit nyamuk di dahinya, pada bahagian atas mata kanannya, demikian pendengaran di Ipswich diberitahu.

Apabila kesan gigitan serangga itu yang membengkak dan merebak, Oriana mendapatkan rawatan di hospital pada 7 Julai 2021 dan diberi beberapa antibiotik.

Tetapi dua hari kemudian, keadaannya bertambah teruk di mana dia tiba-tiba rebah menyebabkan teman lelakinya, James Hall, segera membawanya kembali ke hospital.

Bagaimanapun pada 12 Julai 2021, Oriana meninggal dunia di hospital.

Koroner kanan Suffolk, Nigel Parsley ketika membuat kesimpulan sewaktu inkues berkata, Oriana meninggal dunia 'akibat jangkitan serius yang disebabkan oleh gigitan serangga di dahi'. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain