suria

Penularan salmonella di kilang pemprosesan! FSA arah pasaran sandwic, makanan siap ditarik balik

Rak jualan makanan siap kosong di seluruh pasaraya di United Kingdom.

PENJUALAN sandwic dan makanan siap yang berasaskan ayam telah ditarik balik berikutan penularan wabak salmonella di kilang pemprosesan di United Kingdom.

Malah jenama terkenal seperti Pret A Manger, Tesco, Marks & Spencer, Waitrose, Sainsbury's, Co-op dan Aldi turut mengeluarkan produk dari rak jualan selain meminta pelanggan untuk tidak memakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kinder Surprise: Lebih 40 kanak-kanak bawah lima tahun dijangkiti salmonella

Ia sekali gus mengakibatkan peruncit termasuk Amazon, Caffe Nero, Costa, Jamie Oliver deli oleh Shell, One Stop dan Starbucks, terjejas.

Salmonella pada mulanya dikesan di kilang pemprosesan Cranswick di Hull semasa pemeriksaan menyeluruh dilakukan.

Senarai produk yang dikeluarkan FSA.

Senarai produk yang dikeluarkan FSA.

Agensi Piawaian Makanan (FSA) telah memberi amaran dan meminta orang ramai mengembalikan produk tersebut sekiranya mereka telah membeli daripada mana-mana lokasi yang disenaraikan.

"Kami menasihatkan supaya pengguna yang membeli produk dari lokasi yang dinyatakan tidak memakannya dan mengembalikannya kepada peniaga bagi mendapat bayaran balik," ujarnya.

Semalam, Waitrose berkata, pihaknya menarik balik beberapa rangkaian sandwic ayamnya sebagai 'langkah berjaga-jaga'.

Mereka juga menggesa pelanggan memulangkan barangan itu ke kedai terdekat. - Metro.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain