suria

Kinder Surprise: Lebih 40 kanak-kanak bawah lima tahun dijangkiti salmonella

Penyakit salmonella menular dipercayai berpunca daripada Kinder Surprise.

LEBIH daripada 60 kes salmonella telah dikaitkan dengan produk coklat kegemaran kanak-kanak, Kinder Surprise.

Kejadian itu menyebabkan firma coklat berkenaan menarik balik makanan ringan tersebut kerana bimbang masalah kesihatan akan bertambah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahana trend TikTok! Patung 'Huggy Wuggy' dedah kanak-kanak kepada keganasan

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki nyaris maut sendirian atas gunung, fungsi canggih iPhone jadi penyelamat

Ia berikutan, 40 kes yang direkodkan melibatkan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.

Agensi Piawaian Makanan (FSA) berkata, syarikat coklat Ferrero menarik balik penjualan produk tersebut sebagai langkah berjaga-jaga sementara siasatan lanjut diteruskan.

Tambahnya, sepanjang tempoh ini, tiada kematian dilaporkan namun keadaan semasa pesakit masih belum dipastikan.

"Sekitar 77 peratus daripada jumlah 57 kes sebelum ini berumur lima tahun ke bawah. Namun organisasi itu berulang kali tidak dapat mengesahkan jumlah tepat apabila ditanya.

"Jumlah keseluruhan kes mungkin akan meningkat," jelasnya.

Terdahulu, produk yang terjejas ialah kinder surprise 20 gram dengan tarikh terbaik sebelum antara 11 Julai 2022 dan 7 Oktober 2022. - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain