suria

Jutawan Arab bina Hummer H1 gergasi... turut dilengkapi tandas, sinki

Sheikh Hamad membina Hummer terbesar untuk koleksi muziumnya.

SEORANG Sheikh yang memegang rekod dunia untuk koleksi terbesar kereta 4×4 kini telah membina Hummer terbesar pula.

Trak raksasa 46 kaki (14m) panjang, 20 kaki (6m) lebar dan 21.6 kaki (6.6m) tinggi membuatkan Hummers biasa kelihatan sangat kecil jika dibandingkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Limosin Putin bernilai hampir RM800 juta, direka seperti ‘kubu mudah alih’

Difahamkan, kenderaan gergasi itu akan menggunakan empat enjin diesel selain mempunyai tandas dan sinki di tingkat pertamanya.

Sheikh Hamad Hamdan Al Nahyan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata, kenderaan itu akan diletakkan di Muzium Sejarah Sharjah Off Road miliknya.

Saiznya mengejutkan penduduk tempatan.

Saiznya mengejutkan penduduk tempatan.

Dia yang juga ahli jutawan keluarga diraja Arab mempunyai Rekod Dunia Guinness dengan koleksi 718 model 4x4 dan dianggarkan dia akan mengambil masa hampir dua tahun untuk menggunakan setiap satu daripada kenderaan yang dimiliki.

Tunggangan terbarunya, yang dipanggil Hummer H1 X3, dipandu ke muzium di jalan awam berjaya mengejutkan penduduk tempatan.

Hummer H1 X3 bersaiz gergasi.

Hummer H1 X3 bersaiz gergasi.

Dibina pada rangka kenderaan kargo amfibia berkeluli LARC-LX Tentera A.S., ia mampu mencapai kelajuan tertinggi 32km/j.

Pihak muzium berkata, kenderaan itu adalah tiga kali lebih besar daripada Hummer H1 biasa.

Malah bahagian dalamanya mempunyai dua tingkat. - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain