suria

Bahana trend TikTok! Patung 'Huggy Wuggy' dedah kanak-kanak kepada keganasan

Huggy Wuggy berjaya mempengaruhi kanak-kanak walaupun mempunyai imej yang menakutkan.

IBU bapa diberi amaran supaya tidak membenarkan anak-anak mereka menonton video menakutkan patung biru yang dikenali 'Huggy Wuggy'.

Amaran yang dikeluarkan polis itu berikutan terdapat beberapa kanak-kanak dilihat meniru aksi patung tersebut di taman permainan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktiviti paragliding hari Jumaat bertukar tragedi, lelaki maut jatuh atas bumbung rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Ikan dalam pinggan tiba-tiba buka mulut, siap gigit batang penyepit!

Di TikTok, 'Huggy Wuggy' menyanyi tentang 'memeluk dan membunuh' dan ia turut meminta mereka yang menonton untuk 'menghembuskan nafas terakhir'.

Video yang bermula sebagai permainan teka-teki itu menonjolkan watak Huggy yang mengintai pemain di kilang mainan sebelum menangkapnya dan memeluk erat.

Tindakan itu mengakibatkan timbul perasaan trauma terhadap kanak-kanak kecil kerana rupanya yang agak menakutkan selain mempunyai gigi tajam.

Pegawai perlindungan siber untuk Polis Dorset, Chris Conroy memberitahu, terdapat pelbagai video dan lagu yang dihasilkan semula sehingga dikongsi di seluruh platform YouTube dan TikTok menggunakan imejan grafik yang sangat menakutkan itu.

Ramai kanak-kanak meniru bait lagu yang dinyanyikan Huggy Wuggy.

Ramai kanak-kanak meniru bait lagu yang dinyanyikan Huggy Wuggy.

Ujarnya, kanak-kanak yang menonton Huggy Wuggy telah membisikkan lirik yang mengganggu antara satu sama lain di taman permainan.

"Satu baris daripada video itu adalah 'saya boleh memeluk awak di sini selama-lamanya, sehingga awak menghembuskan nafas terakhir bersama-sama'.

"Manakala sambungannya pula 'gigi saya tajam dan awak dalam genggaman saya, ia boleh membawa maut'. Malahan, patung biru tersebut 'mengajak' orang ramai untuk berada dalam pelukannya yang berupaya mematahkan tulang," jelasnya.

Tambahnya, ramai ibu bapa telah tampil menyatakan kebimbangan mereka terhadap watak itu dan menyifatkannya sebagai menakutkan kerana mereka tidak sedar tahap keganasan yang telah didedahkan kepada anak-anak. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain