suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ngeri! Lebih 280 mayat ditemui bergelimpangan di sekitar Kyiv

Sejumlah besar mayat hanya terbaring, dibuang ke seberang jalan dan di tepi jalan.

MENGERIKAN! Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan situasi di lokasi yang pernah ditawan tentera Rusia di sekitar Kyiv, di mana beratus-ratus mayat bergelimpangan di jalanan.

Ketika tentera Kremlin berundur dari bandar dan kampung di sekitar Kyiv, tentera Ukraine dan wartawan tiba di lokasi tersebut kali pertama sejak pencerobohan.

Bagaimanapun, mereka telah disambut dengan situasi ngeri di mana mayat bergelimpangan di jalanan.

Sekurang-kurangnya 280 orang ditemui mati di kampung Bucha, selepas tentera Rusia meninggalkan penempatan itu.

Seorang wartawan AFP menemui berpuluh-puluh mayat dan seorang lelaki yang tangannya diikat.

Gambar yang tular itu menunjukkan sejumlah besar mayat hanya terbaring, dibuang ke seberang jalan dan di tepi jalan tanpa sesiapa yang mengalihkannya. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain