suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Campak beg plastik berisi najis sendiri dari kren, pekerja pembinaan terima padah

Video itu dirakam sendiri oleh pekerja pembinaan tersebut.

SEORANG pekerja pembinaan dipecat selepas kantoi mencampakkan beg plastik yang berisi najis sendiri dari atas kren yang dikendalikannya.

Insiden itu, yang berlaku di Dublin, menyaksikan pekerja tersebut merakam sendiri perbuatannya memegang plastik tersebut dan kemudian berdiri tepi kren, sebelum mencampakkannya ke bawah.

Dalam video tersebut, yang dimuat naik di TikTok, pekerja berkenaan kedengaran ketawa kuat sambil menghayunkan beg plastik tersebut ke bawah.

Dia kemudian 'zoom' video tersebut untuk menunjukkan lokasi beg plastik tersebut 'mendarat', di mana jelas kelihatan 'isinya' berterabut di atas bumbung sebuah bangunan.

Tidak pasti apakah motif pekerja berkenaan melakukan perkara demikian, namun yang pasti ia mengundang masalah dengan pasukan pengurusannya.

Pada Rabu (30 Mac), pengurus projek tapak pembinaan tersebut telah menandatangani notis pemberhentian pekerja berkenaan.

Difahamkan, akibat perbuatan tersebut, pekerja itu juga tidak akan dibenarkan bekerja di tapak lain di bawah syarikat pembinaan yang sama lagi, selepas ini. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain