suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikan dalam pinggan tiba-tiba buka mulut, siap gigit batang penyepit!

Ikan yang dihidangkan di dalam pinggan tiba-tiba membuka mulut dan menggigit batang penyepit.

APA reaksi anda apabila menu yang dihidangkan di dalam pinggan masih lagi bernyawa? Sudah pasti terkejut, bukan?

Satu video yang tular di internet menunjukkan seekor ikan yang dihidangkan di dalam pinggan bersama hirisan limau nipis, mi dan sayur-sayuran, tiba-tiba bergerak.

Ikan berkenaan dilihat membuka mulut apabila batang penyepit (chopstick) dihalakan ke arahnya.

Apa yang lebih mengejutkan, ikan tersebut menggigit semula batang penyepit berkenaan!

Video itu dikongsi di Instagram @takahiro4601 yang meraih lebih 7.8 juta jumlah tontonan.

Menerusi kapsyen yang ditulis, difahamkan video dirakam di sebuah restoran di Toyokawa, Jepun.

Perkongsian tersebut meraih perhatian warganet yang nyata turut terkejut melihat situasi 'aneh' berkenaan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain