suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ratusan askar Rusia didakwa berpaling tadah, kini berjuang untuk Ukraine

Sumber pertahanan Ukraine mendakwa, sebilangan askar Rusia membentuk rejimen baharu untuk melawan pasukan pencerobohan Putin.

KRISIS antara Rusia dan Ukraine bagaikan tidak berkesudahan sehingga ke hari ini.

Dalam perkembangan semasa, timbul dakwaan mengenai ratusan askar Rusia yang kini berpaling tadah dan mula melawan arahan presiden mereka, Vladimir Putin.

ARTIKEL BERKAITAN: Rusia isytihar perang ke atas Ukraine, apa sebenarnya sedang berlaku?

Sumber pertahanan Ukraine mendakwa, sebilangan askar Rusia membentuk rejimen baharu untuk melawan pasukan pencerobohan Putin.

Kementerian Pertahanan Ukraine menerusi Telegram berkata, 'sukarelawan pertama' yang digelar Angkatan Kebebasan Rusia telah memulakan latihan.

Dalam satu rakaman, mereka dilihat sedang dilatih dalam pengendalian senjata anti kereta kebal NLAW buatan Sweden.

Narator video itu berkata, kumpulan tentera Rusia yang berpaling tadah telah menyatakan keinginan untuk bertempur menentang pejuang Chechnya iaitu Kadyrovites yang turut digelar sebagai anjing pengawal rejim Putin.

Laman berita Ukraine, Bagnet melaporkan bahawa tawanan perang dari Rusia turut memohon secara bertulis untuk menyertai angkatan berkenaan.

"Beberapa ratus" pegawai dan lelaki dari tentera Rusia telah pun berpaling tadah ke Ukraine apabila semangat pasukan penceroboh runtuh, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain