suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

YouTuber beli SUV berharga lebih RM66,000 dengan duit syiling

YouTuber tersebut membayar harga sebuah Mahindra Bolero dengan duit syiling.

SEORANG YouTuber menarik perhatian ramai apabila membeli sebuah kereta utiliti sukan (SUV), Mahindra Bolero dan membayarnya menggunakan duit syiling.

Kenderaan tersebut berharga kira-kira Rs 12 lakh (RM66,537)

Dalam video yang disiarkan di YouTube, YouTuber itu dan rakan-rakannya dilihat memasuki bilik pameran (showroom) dan bertanyakan tentang harga sebuah Bolero.

Mereka juga membawa bersama beberapa guni duit syiling untuk membeli kenderaan tersebut.

Pekerja di bilik pameran itu dilihat mengira wang yang dibayar sebelum penyerahan kunci dilakukan selepas pengiraan selesai.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, warganet membuat spekulasi bahawa video itu adalah sebuah 'content' untuk menarik jumlah tontonan semata-mata. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain