suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang cedera, sempat keluar sebelum pesawat rempuh blok flat

Keadaan pesawat yang remuk teruk selepas merempuh sebuah blok flat.

SEORANG juruterbang dirawat di hospital selepas 'terpelanting' dari pesawat kecil yang dikendalikannya, beberapa saat sebelum ia merempuh blok flat.

Pesawat tersebut remuk teruk akibat impak perlanggaran selepas ia merempuh sebuah bangunan di Oxfordshire, pada Sabtu.

Pasukan petugas kecemasan bergegas ke tempat kejadian sejurus insiden berlaku, kata Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Oxfordshire.

Dilaporkan, tiada orang awam atau penghuni yang cedera kerana bangunan kediaman itu tidak berpenghuni ketika itu.

Seorang saksi berkata mereka melihat juruterbang menyelamatkan diri sebelum pesawat itu melanggar dinding.

Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) berkata ia telah melancarkan siasatan dan penyiasat telah menjalankan siasatan di tempat kejadian. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain