suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktiviti paragliding hari Jumaat bertukar tragedi, lelaki maut jatuh atas bumbung rumah

Kata Andi, dia melihat Yazid tidak bergerak di atas lantai.

SEORANG lelaki meninggal dunia ketika melakukan aktiviti paragliding pada Jumaat lalu.

Paraglider tersebut, Yazid Khairil Azis, 32, gagal melakukan pendaratan sehingga terjatuh ke atas rumah penduduk di kawasan Desa Rowobani, Kecamatan Banyubiru, Kabupaten Semarang, Indonesia.

Pada hari kejadian, dia bersama empat lagi rakan melakukan aktiviti paragliding di puncak Gunung Gajah

Menurut Andi Setiawan, dia pada petang kejadian terdengar bunyi kuat seperti letupan di atas bumbung rumahnya.

Selepas melakukan pemeriksaan, dia menemui Yazid yang di dalam rumahnya, malah bahagian atap juga sudah berlubang akibat hentakan berkenaan.

Jelas Andi, dia melihat Yazid tidak bergerak di atas lantai.

Andi turut menemui tulang mangsa di rumahnya.

Selepas penduduk tiba, dia baru mengetahui bahawa lelaki yang terjatuh di atas rumahnya merupakan seorang atlet paragliding.- Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain