suria

Buruh binaan dibuang kerja selepas kantoi campak bungkusan najis dari atas kren

Pekerja merakam bungkusan najisnya yang dicampak dari atas kren.

SEORANG buruh binaan dibuang kerja selepas melempar bungkusan najisnya dari atas kren ke bangunan bersebelahan.

Insiden yang berlaku di Dublin itu dirakam oleh pekerja terbabit sebelum video yang dimuat naik di laman sosialnya ditular warganet.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa lesap! Tuan rumah terkejut temui 19 tarantula dan ular sawa di apartment

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Penyewa dari neraka’! Setahun tak bayar sewa... rumah dibiar kotor sisa makanan, 8,000 tin kosong, longgokan tisu tandas bernajis

Dalam video itu, lelaki berkenaan turut menjerit 'kegembiraan menjadi pemandu kren' disusuli ketawa kuat sambil menghayunkan beg berisi najis dari atas kren ke sebuah bangunan di bawah.

Ekoran itu, pada 30 Mac, pengurus projek tapak itu menandatangani surat pemberhentian pekerja tersebut malah dia juga tidak dapat bekerja di tapak lain di bawah kendalian syarikat pembinaan yang sama.

Menurut jurucakap syarikat pengurusan bangunan berkenaan, kejadian yang berlaku itu sangat dikesali.

Pekerja binaan dibuang kerja selepas insiden mencampak najis ke bangunan bersebelahan.

Bungkusan najis yang dicampak melekat pada cermin tingkap bangunan bersebelahan.

"Sebaik sahaja kami menyedari kejadian ini, dia terus dikeluarkan dari tapak dan tidak dibenarkan bekerja di mana-mana tapak kami yang lain pada masa hadapan," ujarnya.

Tambahnya, pemeriksaan keselamatan dan kerja kebersihan telah dijalankan ke atas bangunan tempat pekerja itu membuang najisnya.

"Orang ramai diminta menghapuskan video lelaki tersebut di mana-mana platform media sosial," ujarnya.

Sementara itu, pekerja tersebut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan pihak pengurusan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain