suria

Penyewa lesap! Tuan rumah terkejut temui 19 tarantula dan ular sawa di apartment

Ular sawa dan tarantula yang ditinggalkan oleh seorang penyewa di apartment di Maine.

SEORANG lelaki terkejut apabila menemui 19 ekor tarantula dan seekor ular sawa di dalam rumahnya yang baharu dikosongkan oleh penyewa.

Lelaki tersebut kemudian bertindak menghubungi pasukan penyelamat haiwan ke apartment miliknya yang terletak di Auburn, Maine, Amerika Syarikat.

Apabila penyelamat haiwan, Drew Desjardins tiba di lokasi berkenaan, dia mendapati empat daripada 19 ekor tarantula telah mati dan ular sawa berkenaan dalam keadaan tidak bermaya.

Bercakap kepada media, Desjardins berkata dia kemudian membawa haiwan yang masih hidup kembali ke rumahnya.

Memetik laporan Associated Press, kesemua haiwan berkenaan merupakan haiwan yang dilarang untuk dipelihara di Maine dan akan dipindahkan.

Desjardins turut memuat naik foto tarantula dan ular sawa yang diselamatkannya itu di media sosial, di mana hantaran tersebut menjadi tular. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

penyewa lesap, tarantula, ular sawa, Maine

Artikel Lain