suria

Wanita selamba berbikini di lapangan terbang, netizen ‘puji’ tak lupa pakai topeng muka

Kelibat seorang wanita yang hanya mengenakan bikini di lapangan terbang mengundang perhatian netizen.

SATU klip video memaparkan seorang wanita selamba memakai bikini di lapangan terbang Miami, Amerika Syarikat, menjadi tular di internet.

Video itu tular selepas dikongsi di Instagram oleh akaun Humans of Spirit Airlines.

"Sekurang-kurangnya dia memakai topeng pelitup muka," demikian kapsyen pada video berkenaan.

Menerusi klip video pendek itu, ia menunjukkan seorang wanita berambut perang mengenakan bikini rona hijau dan topeng pelitup muka sambil membawa beg galas dan beg tangan ketika berjalan-jalan di lapangan terbang.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi lucu daripada netizen dengan ramai yang 'memuji' wanita tersebut kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana memakai topeng pelitup muka.

Ada sebilangan netizen yang mengatakan wanita tersebut pasti dihalang daripada menaiki pesawat.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada wanita tersebut dibenarkan menaiki pesawat atau sebaliknya. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain