suria

Ibu tunggal kecewa, suami kawan sendiri rakam aksinya sedang mandi

Louise kecewa apabila menyedari aksinya sedang mandi dirakam dan ditonton lelaki berkenaan. Foto: MEDAVIA.

SEORANG lelaki tergamak memasang kamera tersembunyi di dalam bilik mandi di kediaman rakan isterinya.

Menurut Louise Alexander, 32, dari Essex, England, lelaki dikenali sebagai Shaun Little itu membantu dia melakukan kerja-kerja baik pulih di rumahnya.

Tanpa disedari, lelaki berusia 29 tahun itu memasang sebuah kamera tersembunyi di dalam bilik mandi kediamannya.

Kata ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia kecewa apabila menyedari aksinya sedang mandi dirakam dan ditonton lelaki berkenaan.

Lebih kecewa apabila dia memikirkan hubungan baiknya dengan isteri kepada lelaki itu.

Kejadian itu sebenarnya berlaku pada 2019.

Suspek ketika ditahan polis turut ditemui dengan imej lucah wanita berkenaan dalam komputer miliknya.

Pada tahun lepas, lelaki itu mengaku bersalah atas dakwaan berkenaan.

Hukuman yang dijatuhkan bagaimanapun tidak didedahkan kepada pengetahuan umum. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain