suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejadian panas luar biasa, wilayah ini dijangka catat suhu tertinggi di Eropah

Gelombang cuaca panas itu menyebabkan kebakaran di bahagian selatan Itali.

WILAYAH Sicily di Itali mungkin telah merekodkan cuaca terpanas di Eropah dengan suhu yang mencecah 48.8 darjah celsius.

Gelombang panas terbaharu di Itali itu disebabkan oleh antiklon yang bergerak naik dari Afrika.

Antiklon adalah kawasan tekanan atmosfera tinggi di mana udara tenggelam.

Ia telah menyebabkan kebakaran di seluruh selatan Itali, wilayah Sicily, Calabria dan Puglia.

Anggota bomba Itali mengatakan bahawa mereka telah terlibat dalam 300 operasi di Sicily dan Calabria selama 12 jam, berjuang sepanjang malam untuk mengawal kebakaran yang membakar ribuan ekar tanah pada Rabu.

Kebakaran itu membawa kesan maut dengan sebanyak empat kematian dikaitkan dengan kejadian tersebut.

Ahli meteorologi pada bulan Jun telah meramalkan suhu di kawasan selatan Itali akan meningkat kepada 44 atau 45 darjah Celsius di tengah gelombang panas. -INDIA TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain