suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tumbuk pramugari kerana ditegur tak pakai tali pinggang keselamatan, wanita didakwa di mahkamah

Insiden kekecohan yang sempat dirakam penumpang lain. Foto: The Sacramento Bee

SEORANG wanita dituduh mencederakan seorang pramugari yang menegurnya kerana enggan memakai tali pinggang keselamatan dan menyimpan meja tray ketika berada dalam pesawat.

Vyvianna Quinonez dari Antelope, California didakwa atas dua pertuduhan di mahkamah, iaitu serangan yang mendatangkan kecederaan dan mengganggu kru kabin.

Insiden tersebut berlaku ketika dia menaiki penerbangan Southwest Airlines 700 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sacramento ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Diego, 23 Mei lalu.

Walaupun syarikat penerbangan itu mengatakan insiden kekecohan itu tiada kaitan dengan isu pelitup muka, namun saksi mengatakan perkara tersebut merupakan sebahagian daripadanya.

Dokumen pertuduhan di mahkamah juga menyebut pramugari berkenaan 'mengarahkan Quinonez memakai topeng pelitup muka dengan betul'.

Rakaman video pertengkaran di dalam pesawat itu menunjukkan tertuduh memakai topeng pelitup muka di bawah hidungnya.

Akibat pertengkaran tersebut, pramugari berkenaan dikenakan empat jahitan di bawah mata kirinya, mengalami lebam di lengan dan tiga batang giginya rosak. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain