suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak pakai baju ketika protes jalanan! Wanita ini akui terima sokongan bapa, teman lelaki

Kata wanita itu, dia tidak gementar sebaliknya bersemangat untuk berjuang demi bumi tercinta. Foto: SIPA USA/PA Images.

AKTIVIS alam, Laura Amherst, 31, tampil tidak berbaju ketika menyertai satu protes jalanan pada Rabu.

Menerusi protes yang berlangsung di Downing Street, Westminster, United Kingdom, banyak mata-mata tertumpu ke arah wanita itu.

Menurut Amherts, dia turut menerima sokongan teman lelakinya untuk menyertai protes berkaitan perubahan iklim itu.

"Teman lelaki saya sangat memberi sokongan mengenai keputusan untuk saya tidak memakai baju. Begitu juga dengan bapa saya.

"Tapi keputusan ini tidak berkaitan dengan mereka. Ini merupakan tubuh badan saya sendiri," ujarnya.

Tambah wanita itu, dia tidak gementar sebaliknya bersemangat untuk berjuang demi bumi tercinta.

"Mereka tahu betapa saya bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan planet ini.

"Saya tak rasa gemuruh, saya rasa saya gembirakan ramai orang," ujarnya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain