suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kegembiraan bertukar tragedi, gadis maut tersedak muntah sendiri semasa naik permainan di taman tema

Keluarganya meminta pihak pengendali itu menghentikan permainan tersebut tetapi tidak diendahkan.

SEORANG gadis maut setelah tersedak muntahnya sendiri ketika menaiki permainan di taman tema.

Kejadian itu berlaku apabila Zeynep Gunay, 19, tidak sedarkan diri setelah menaiki permainan yang dipanggil Kamikaze di daerah Avcilar, Turki, Istanbul.

Zaynep muntah ketika menaiki Kamikaze yang mengakibatkan saluran pernafasannya tersekat lalu meninggal dunia.

Keluarganya mengatakan bahawa mereka dapat melihat Zeynep dalam kesusahan dan berulang kali meminta pengendali permainan untuk menghentikannya, tetapi mereka tidak diendahkan.

Gadis berusia 19 tahun itu kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans yang dihubungi oleh keluarganya sendiri dan disahkan sudah tidak bernyawa setelah tiba di sana. - DAILY STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

maut, taman tema, muntah, tersedak, remaja maut

Artikel Lain