suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bawa anjing jalan-jalan waktu malam, gadis 17 tahun ditahan 2 lelaki... jadi mangsa nafsu di taman

Mangsa keluar membawa anjing miliknya berjalan-jalan di sebuah taman di sekitar Blackley, Manchester pada 22 Ogos lalu. Foto: MEN MEDIA.

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.

Begitulah gambarannya mengenai tindakan jahat dua lelaki yang sanggup merogol seorang gadis berusia 17 tahun.

Dalam perkembangan terkini, polis sedang memburu dua suspek kes berkenaan.

Untuk rekod, mangsa keluar membawa anjing miliknya berjalan-jalan di sebuah taman di sekitar Blackley, Manchester pada 22 Ogos lalu.

Mangsa keluar pada waktu senja sebelum dirogol sekitar jam 9.30 malam.

Ketika kejadian, seorang suspek mengambil anjing itu, manakala seorang lagi suspek bertindak merogol mangsa.

Selepas kejadian, mangsa berjaya mengambil semula anjing miliknya sebelum melarikan diri.

Dia kemudiannya memaklumkan hal itu kepada dua wanita di taman berkenaan sebelum kes dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Siasatan kini sedang giat dijalankan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain