suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

4 hari tahan sakit, lelaki telan telefon Nokia dibawa ke hospital

Lelaki berusia 33 tahun itu dibantu oleh pakar bedah untuk mengeluarkan peranti berkenaan.

SABAN hari kita disajikan dengan pelbagai kisah aneh dari seluruh dunia.

Terbaharu, tular kisah seorang lelaki dari Pristina, Kosovo, yang terpaksa menahan sakit selama empat hari.

Ia berpunca daripada tindakannya yang menelan sebuah telefon jenama bimbit Nokia sehingga terpaksa dibawa ke hospital.

Enggan mendedahkan punca dia berbuat demikian, lelaki berusia 33 tahun itu dibantu oleh pakar bedah untuk mengeluarkan peranti berkenaan.

Akhirnya, telefon yang ditelan itu berjaya ditarik keluar melalui mulutnya.

"Saya mendapat panggilan mengenai pesakit yang menelan satu objek, selepas membuat pemeriksaan, saya lihat telefon yang sudah pecah tiga bahagian," ujar Dr Skender Telaku yang mengetuai operasi rawatan itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain