suria

‘Penyewa dari neraka’! Setahun tak bayar sewa... rumah dibiar kotor sisa makanan, 8,000 tin kosong, longgokan tisu tandas bernajis

Timbunan tin bir yang ditinggalkan penyewa di ruang tamu. foto Kennedy News and Media

SEORANG 'penyewa dari neraka' mengubah sebuah rumah flat dua bilik tidur dengan timbunan 8,000 tin kosong dan sisa makanan yang sudah berbau busuk.

Ini termasuk tandas yang dipenuhi sampah setinggi empat kaki.

Keadaannya sangat teruk sehingga pekerja pembersihan muntah sebanyak tiga kali ketika membersihkan rumah berkenaan.

Pakar pengurusan air bersih dan buangan, Freddie Gillium-Webb ditugaskan untuk membersih kediaman pemiliknya setelah ditinggalkan penyewa bermasalah dengan tidak membayar sewa selama setahun.

Lelaki berusia 29 tahun itu terkejut sewaktu memasuki kediaman dua bilik tidur di Andover, Hampshire di United Kingdom.

rumah kotor 2

Tisu tandas dengan kesan najis dibiarkan berlonggok. foto Kennedy News and Media

Beberapa gambar menunjukkan sofa di ruang tamu hampir ditutupi dengan timbunan tin bir.

Tandas pula seperti tidak dibersihkan, sebaliknya tisu tandas yang mempunyai kesan najis berlonggok seperti 'menara'.

Freddie mngambil masa hampir 30 jam untuk membersihkan rumah itu selama tiga hari.

Sebanyak 10 botol peluntur juga digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain