suria

Padah aniaya anjing peliharaan, pasangan suami isteri dipenjara tiga bulan

Keadaan Tiggy semasa ditemui di rumah pemiliknya.

SEPASANG suami isteri dipenjara selama tiga bulan dan dilarang memelihara haiwan seumur hidup kerana menyebabkan seekor anjing peliharaan mereka hampir mati kelaparan di Britain.

Hukuman tersebut dikenakan selepas Kerry Patterson, 35, dan Reece Milburn, 30, mengaku bersalah kerana mengabaikan haiwan peliharaan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Bau hancing, penuh timbunan sampah... pemilik terkejut penyewa turut ternak pelbagai haiwan berbisa dalam rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil kesempatan krisis Rusia-Ukraine... pencuri dibogel, diikat pada tiang

Difahamkan, penahanan dilakukan selepas penipuan kedua-dua mereka yang kononnya menemui seekor anjing bernama Tiggy di tepi jalan terbongkar.

Tiggy berada dalam keadaan kurus kering dan kelihatan tulang semasa ditemukan.

Tiggy berada dalam keadaan kurus kering dan kelihatan tulang semasa ditemukan.

Ia susulan orang ramai misi mencari pemilik Tiggy dan hasil pencarian menemukan mereka berdua sebagai pemilik.

Terdahulu, pegawai kebajikan haiwan dari Majlis Daerah Northumberland yang merawat Tiggy memberitahu, keadaan anak anjing itu sangat mengerikan dan ia adalah kes paling teruk dalam tempoh 15 tahun perkhidmatannya.

Keadaan terkini Tiggy selepas dirawat. Gambar NorthumberlandCountryCouncil-SWNS.

Keadaan terkini Tiggy selepas dirawat. Gambar NorthumberlandCountryCouncil-SWNS.

"Tiggy berada dalam keadaan kurus kering dengan tulang rusuk yang menonjol semasa ia ditemukan di rumah pasangan berkenaan di Blyth pada Disember 2019.

"Dia dehidrasi teruk sehingga menjadi sangat lemah dan tidak dapat berdiri selain turut mengalami dermatitis serta serangan hama," ujarnya. - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain