suria

Baju dikoyak, frontliner diseret masuk semak nyaris dirogol

Seorang jururawat nyaris menjadi mangsa rogol. -gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan polis kerana cuba merogol seorang wanita di Kampung Mekari, Kemtuk di Kabupaten Jayapura, Papua di Indonesia, pada Isnin.

Tangkapan itu dilakukan anggota polis dari Kemtuk ketika suspek berehat di rumahnya.

Ketua Polis Kemtuk, Iptu Usriyanto, mengesahkan kejadian dan penahanan suspek.

ARTIKEL BERKAITAN: Motosikal ditendang, gadis diheret ke hutan nyaris dirogol 2 lelaki

Mangsa merupakan petugas perubatan yang berkhidmat sebagai jururawat di daerah Kemtuk.

Usriyanto menjelaskan, polis menahan suspek berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa.

Beliau menjelaskan, kejadian bermula ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja, kira-kira pukul 6.15 pagi waktu tempatan.

Mangsa secara tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran suspek yang keluar dari semak.

"Suspek menghalang mangsa, sehingga mangsa terjatuh," katanya sambil menambah suspek menarik mangsa ke dalam semak dan menyerangnya serta cuba merogolnya.

"Ketika suspek mengoyakkan pakaian mangsa dan cuba merogolnya, mangsa cuba melarikan diri dengan menendang pelaku serta menjerit meminta tolong," katanya. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain