suria

Namaku Lily... gadis ini hilang kawan kerana miliki wajah jelita, siap dapat pelayaran mewah percuma

Lily pernah kehilangan kawan gara-gara kejelitaan wajahnya. Foto: Instagram.

KECANTIKAN yang dimiliki gadis ini membolehkan dia mendapat layanan yang cukup baik daripada insan sekeliling.

Malah kata Lily Pitfield, 25, dari London, dia kadang-kala berasa kasihan akan kawan-kawan atas layanan ekstra yang diterimanya.

Jelasnya lagi, layanan tidak adil yang berterusan menyebabkan dia kehilangan beberapa orang kawan.

"Saya hilang beberapa orang kawan sebab mereka tak suka saya dapat perhatian, sedangkan bukan saya mahu benda itu berlaku.

"Mereka juga enggan ajak saya ke parti hari lahir kerana risau saya menjadi perhatian utama.

"Saya kesal dengan hal ini. Saya seorang yang baik, kelakar dan merendah diri. Saya tak mahu sekadar cantik di luar, saya mahu cantik dari dalam juga," ujarnya.

Kata pembantu fesyen itu, ramai individu suka berdampingan dan membayar minumannya sejak dia berusia 18 tahun.

Paling mewah, dia turut dilayan bagaikan selebriti ketika bercuti sehingga dapat menaiki kapal layar secara percuma.

"Keluarga selalu cakap kepada saya bahawa tak semua orang dapat layanan begini.

"Ramai orang tak dikenali yang layan saya dengan baik, malah mereka beri apa yang saya mahu," ujarnya lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain