suria

Gambar tak senonoh tersebar, polis wanita dakwa dipaksa berhenti kerja

Melilisa sebelum ini berkhidmat sebagai polis selama 28 tahun. Foto: Jam Press/@the.real.bella.lexi.2.

SEORANG wanita mendakwa dipaksa berhenti kerja selepas aksi-aksi tidak senonoh yang dilakukannya menerusi platform dalam talian tersebar.

Menurut Mellisa Williams, 46, dia memulakan akaun OnlyFans pada Mei 2020 dan kerap berkongsi foto ghairah yang dirakam bersama suaminya.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, kerjayanya mula terganggu selepas content dalam OnlyFans miliknya mula tersebar sehingga diketahui rakan sekerja.

Menurut wanita dari Colorado, Amerika Syarikat itu, kerjayanya selama 28 tahun sebagai polis musnah gara-gara kejadian tersebut.

"Saya sudah memasang impian untuk jadi polis sejak berusia 14 tahun," ujarnya.

Sepanjang 18 bulan menghasilkan content berbayar menerusi OnlyFans, dia dan suaminya berjaya meraih pendapatan yang cukup lumayan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain