suria

Dilanggar kereta ketika sedang live, wartawan bingkas bangun dan terus sambung tugas!

Insiden ketika wartawan tersebut dilanggar kereta sempat dirakam kamera.

MELAKUKAN pelaporan secara langsung (live) bukanlah satu tugas yang mudah kerana wartawan berdepan dengan pelbagai cabaran setiap hari.

Satu insiden lucu menimpa seorang wartawan wanita ketika dia sedang bersiaran secara langsung dari lokasi.

Ketika sedang bertugas, wartawan wanita dari stesen televisyen di West Virginia itu tidak semena-mena dilanggar oleh sebuah kereta dari arah belakang dan insiden itu juga sempat dirakam kamera.

Bagaimanapun, wartawan tersebut membuatkan orang ramai terpegun apabila dia bingkas bangun dan meneruskan laporannya.

Sebaik sahaja bangun, wartawan itu sempat berkata, "Ya tuhan! Saya baru sahaja dilanggar oleh kereta, tetapi saya tidak apa-apa".

Video insiden itu telah dikongsi di media sosial dan telah menjadi tular. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain