suria

Lelaki berusia 35 tahun tak segan mengaku pakai lampin pakai buang, sedang cari pasangan sudi terima diri seadanya

Marc banyak berkongsi mengenai penyakitnya di TikTok.

SEORANG lelaki mengakui secara terbuka keadaan dirinya yang terpaksa memakai lampin pakai buang ekoran penyakit yang dideritainya.

Marc Spaganuolo, 35, mengalami keadaan saraf degeneratif yang dipanggil neuropati periferal.

Keadaan itu menyebabkannya tidak dapat mengawal usus dan pundi kencing.

Dia mula mengalami masalah berkenaan ketika berusia 15 tahun dan melalui pelbagai pemeriksaan selama bertahun-tahun sebelum akhirnya didiagnosis meghidap 'neuropati periferal' ketika berusia 25 tahun.

Dia sebelum ini mengakui begitu malu dengan situasi tersebut.

Tetapi kini dia lebih terbuka dan positif, malah banyak memuat naik video TikTok mengenai penyakit yang dideritainya.

Marc kini berkata dia sedang mencari cinta dan tidak segan menulis mengenai keadaannya pada profil temu janji.

"Salah satu cabaran terbesar dalam hidup saya ialah mencari kekasih kerana ia adalah satu proses yang beransur-ansur untuk saya sampai ke situasi saya sekarang.

"Tetapi sudah tentu, saya suka bertemu seseorang," katanya lagi. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain