suria

Bos Amazon cari saintis, mahu kaji rahsia panjangkan umur sehingga ratusan tahun

Jeff Bezos turut terlibat dalam projek tersebut. Foto: Getty Images for WIRED25.

PENGASAS Amazon Jeff Bezos kini mempunyai misi baharu dalam mencari rahsia memanjangkan umur.

Projek tersebut dijalankan menerusi firma bioteknologi Altos Labs.

Menerusi misi itu, dia merekrut beberapa saintis berpengaruh termasuklah pemenang anugerah Noble untuk melakukan kajian anti-penuaan.

Selain Bezos, mogul internet Rusia, Yuri Milner turut melabur dalam kajian itu.

"Kami sedang membina syarikat yang mana saintis terbaik dunia akan berkolaborasi dan menjalankan kajian tersebut," ujar pengasas bersama firma itu, Hal Barron.

Hasil kajian itu dipercayai dapat memanjangkan usia manusia sehingga ratusan tahun, khususnya untuk pesakit kanser dan alzheimer.

Projek itu akan dijalankan di Cambridge dan California, Amerika Syarikat. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain