suria

Bintang realiti TV viral jual kentut dalam balang dedah temui cinta dengan peminat

Stephanie Matto sebelum ini tular kerana menjana pendapatan dengan menjual kentut di dalam balang.

BINTANG realiti TV dari Amerika, Stephanie Matto yang viral kerana meraih keuntungan hasil menjual kentut dalam balang, mengumumkan dirinya kini sedang bercinta dengan seseorang.

Menurut Stephanie, dia menemui peminat misteri berkenaan yang kebetulan duduk berhampirannya di dalam kapal terbang ketika dalam penerbangan ke Pulau Turks dan Caicos.

"Saya menanggalkan topeng pelitup muka ketika hendak minum dan mahu mengambil gambar," ceritanya.

Tambah Stephanie, lelaki itu kemudian bertanya sama ada dia seorang influencer.

"Pada asasnya dia tahu keseluruhan cerita, dia telah mengikuti keseluruhan cerita mengenai saya menerusi online.

"Dia tahu saya 'gadis kentut' dan pada dasarnya kami banyak bersembang tentang bisnes kentut dalam balang yang pernah saya lakukan.

"Saya rasa seperti ia (kentut dalam balang) yang menemukan cinta kami," katanya lagi.

Stephanie sebelum ini mendedahkan dia memperolehi kira-kira RM200,000 seminggu hasil jualan balang kentut.

Awal Januari lalu, dia mengumumkan persaraannya selepas dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit dada. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain