suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang kalah taruhan, kaki judi tolak wanita ke landasan kereta api

Seorang lelaki menolak wanita ke landasan kereta api di stesen. foto Handout/ Daily Star

BERANG kalah dalam pertaruhan lumba kuda, seorang kaki judi bertindak menolak seorang wanita ke landasan kereta api.

Ketika kejadian, mangsa sedang menunggu tren di platform stesen Tai Hing North, Hong Kong.

Ketua inspektor Lee Ying-chi pada sidang media berkata, wanita itu bagaimanapun berjaya bangun semula dan kembali ke platform.

Dilaporkan tiada kereta api melalui stesen ketika itu.

Mangsa terselamat tetapi mengalami kecederaan di bahagian leher dan lengan.

Menurut laporan Coconuts, dia kemudian dihantar ke Hospital Tuen Mun untuk menerima rawatan.

Susulan kejadian itu, lelaki berkenaan ditahan polis.

Polis berkata, suspek berusia 33 tahun merupakan pekerja pengangkutan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain