suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat terkorban diserang Piranha

Empat terkorban disebabkan serangan Piranha.

MAYAT empat perenang ditemui dengan kesan digigit oleh piranha dalam beberapa serangan yang telah mengejutkan masyarakat di Amerika Selatan.

Serangan berlaku di Paraguay, di mana orang ramai dikatakan melawat sungai tempatan untuk menyejukkan badan semasa musim panas.

Kematian pertama berlaku pada hari Ahad ketika seorang lelaki berusia 22 tahun sedang mandi di Sungai Paraguay.

Penggera dibunyikan apabila pemuda terbabit tiba-tiba hilang, dan mayatnya ditemui 45 minit kemudian dengan beberapa bahagian telah terkoyak dan dimakan oleh piranha.

Serangan kedua juga berlaku di Sungai Paraguay apabila seorang lelaki berusia 49 tahun ditemui mati selepas diserang piranha.

Dia dilaporkan hilang beberapa jam lebih awal, dan dia juga ditemui dengan kesan gigitan teruk di muka.

Mangsa bagaimanapun dipercaya mati akibat serangan jantung selepas itu dia diserang oleh piranha.

Dua lagi orang ditemui mati dengan gigitan piranha pada badan mereka di sungai Tebicuary pada Ahad.

Menurut media tempatan, serangan seperti itu berlaku semasa cuaca panas kerana ikan tersebut ingin membiak dan akan mendekati pantai apabila paras air rendah. - Daily Mail UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

ikan, piranha, digigit

Artikel Lain