suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warna putih bertukar oren, model dikecam selepas cat bulu anjing peliharaan

Anna turut berkongsi foto anjing itu di Instagram miliknya yang mempunyai 949,000 pengikut.

TINDAKAN seorang model yang mengecat bulu anjingnya menerima kecaman ramai.

Anna Stupak teruk dikritik selepas mengubah warna asal anjingnya sehingga bertukar oren, baru-baru ini.

Lebih teruk, dia didakwa melakukan hal itu demi satu sesi photoshoot.

Biarpun sudah memberi penjelasan bahawa ia selamat dan tidak memudaratkan anjingnya, Anna tetap dihujani dengan pelbagai kecaman.

"Semuanya dilakukan dengan penuh tanggungjawab, ia tidak merosakkan kulit anjing saya.

"Anjing saya juga dijaga dengan baik berbanding anjing-anjing orang lain," ujarnya.

Anna turut berkongsi foto anjing itu di Instagram miliknya yang mempunyai 949,000 pengikut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain