suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki makan daging manusia dipenjara seumur hidup

Yadne turut dibawa menjalani pemeriksaan mental sejurus ditahan, namun disahkan waras.

KEJAM!

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai seorang lelaki dari sebuah perkampungan di Rusia yang membunuh tiga individu pada Mac lalu.

Lebih jijik, Vladimir Yadne, 32, turut memakan daging mangsa-mangsanya yang disajikan bersama minuman keras.

Menurut laporan, Yadne bertemu dengan tiga individu itu ketika pulang membeli minuman keras.

Namun, berlaku adegan pergaduhan yang membawa kepada pembunuhan tiga individu tersebut.

"Dia kemudiannya makan daging mangsa bunuh tersebut," ujar Inna Nosova, ketua bahagian siasatan jenayah di wilayah Yamalo-Nenets Autonomous.

Menurut laporan itu lagi, Yadne tidak memasak daging mereka, sebaliknya makan secara mentah bersama vodka.

Sebahagian tubuh mangsa turut ditemui pihak berkuasa di lokasi berbeza.

Yadne turut dibawa menjalani pemeriksaan mental sejurus ditahan, namun disahkan waras.

Dia akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan tersebut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain