suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita rebah ketika terima sebatan atas kesalahan berzina

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan hukuman jenayah di bawah undang-undang Syariah.

SEORANG wanita di Banda Aceh, Indonesia rebah ketika menerima hukuman sebatan di atas kesalahan melakukan hubungan seks di luar perkahwinan (berzina).

Wanita yang tidak dinamakan itu dijatuhkan hukuman sebatan sebanyak 17 kali bersama pasangannya.

Hukuman itu dilakukan oleh seorang pegawai atau lebih dikenali sebagai Algojo, yang memakai jubah coklat dan topeng muka.

Wanita tersebut disebat dengan rotan buluh, di mana gambar menunjukkan dia rebah ke tanah dalam kesakitan ketika hukuman dijalankan.

Pasangannya yang juga menerima hukuman yang sama hanya mampu memandang ke arah penonton saat hukuman dijalankan.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan hukuman jenayah di bawah undang-undang Syariah.

Kesalahan yang serius contohnya homoseks, menyebabkan pesalah boleh dikenakan sehingga 150 sebatan. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain