suria

Pelayan restoran dedah slip gaji, hanya dapat RM0.41 untuk enam minggu bekerja?

Liny menunjukkan slip gajinya di TikTok namun menerima kecaman daripada netizen.

SEORANG pelayan restoran wanita menjadi topik perbincangan hangat gara-gara tindakannya mendedahkan slip gaji di media sosial.

Menerusi tangkap layar (screenshot) yang dikongsikannya di aplikasi TikTok, Liny yang menetap di Nashville, Amerika Syarikat, mendedahkan dia hanya memperoleh $0.01 (RM0.41) untuk tempoh enam minggu 'bekerja'.

Dia menunjukkan cek yang didakwa diterima dari tempat kerjanya yang bertarikh dari 30 Ogos hingga 27 September.

"Ini adalah enam minggu 'gaji'," tulisnya dalam video tersebut.

Dua cek pertama ditunjukkan sebagai $0.00 dan yang ketiga menunjukkan jumlah $0.01

Video tersebut menjadi tular dan menarik lebih 10,000 komen di mana rata-rata pekerja restoran menjelaskan slip gaji tersebut secara terperinci.

Seorang berkata: "Jika anda mendapat cek $0.00, itu bermakna pelanggan memberi tip kepada anda!"

"Tetapi berapa banyak tip yang anda dapat? Anda tidak memberitahu kami keseluruhan cerita. Jika anda mendapat banyak tip, restoran tidak perlu membayar anda," komen seorang yang lain.

Rata-ratanya berang dengan Liny dan menuduhnya 'mengelirukan' penonton untuk meraih perhatian atau tanda suka (likes).

Menjawab kecaman tersebut, pelayan itu berkata: "Saya tidak pernah berkata saya tidak dapat wang, sejujurnya saya dapat lebih daripada gaji.

"Dan bila pula saya kata saya tidak mendapat tip?" katanya lagi - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

pelayan restoran, slip gaji, tip

Artikel Lain