suria

Remaja dilaporkan hilang terselamat selepas tiru isyarat tangan ‘dalam bahaya’ yang tular di TikTok

Remaja hilang terselamat lepas tiru insyarat tangan "dalam bahaya" yang tular di TikTok

SEORANG remaja yang dilaporkan hilang berjaya diselamatkan selepas dia menggunakan isyarat tangan yang tular di TikTok untuk menunjukkan bahawa dia berada dalam bahaya dan memerlukan bantuan.

Remaja berusia 16 tahun yang berasal dari Utara Carolina itu ditemui di Kentucky pada Khamis selepas seorang wanita yang sedang menaiki sebuah lagi kereta dihadapan terlihat insyarat tangan tersebut serta bertindak menelefon polis.

Isyarat tangan tersebut - gabungan tiga gerakan tangan yang memberitahu bahawa ada "keganasan di rumah," "Saya perlukan bantuan," dan "keganasan rumah tangga" - telah tersebar di TikTok sebagai cara untuk membantu mangsa penderaan.

Menurut Pejabat Sheriff Daerah Laurel, penyiasat yang tiba di tempat kejadian mendapati pemandu, Herbert Brick berusia 61 tahun, memiliki gambar remaja itu sedang melakukan aksi seksual.

Remaja itu pertama kali dilaporkan hilang oleh ibu bapanya di Asheville, Utara Carolina, pada hari Selasa.

Penyiasat mendapati bahawa Brick telah memandu bersama gadis itu ke Ohio, namun segera meninggalkan tempat itu apabila saudara maranya menyatakan kebimbangan mengenai usia remaja tersebut serta mendapat tahu bahawa dia telah dilaporkan hilang.

Brick kini ditahan kerana memenjara serta memiliki kandungan yang menunjukkan aktiviti seksual oleh kanak-kanak bawah umur, lapor Fox8. - Business Insider

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain