suria

Kajian temui jawapan kepada berapa bilangan anak paling ideal untuk ibu bapa capai tahap paling bahagia

Kajian temui jawapan kepada berapa bilangan anak paling ideal untuk ibu bapa capai tahap paling bahagia

BERAPA orang anak yang perlu dimiliki adalah perdebatan lama dan akhirnya dengan adanya data sains, pengkaji kini berupaya untuk mengenalpasti saiz keluarga yang berupaya memastikan keluarga mencapai tahap paling bahagi.

Peruncit bayi dari United Kingdom, Online4Baby.com telah mendapatkan jawapan bagi persoalan tersebut dan ternyata penduduk Britain cukup tegas tentang saiz keluarga yang optimum dengan 49 peratus orang dewasa di sana percaya bahawa dua orang anak adalah jumlah yang sempurna untuk mencapai kehidupan yang bahagia.

Dalam satu tinjauan yang dilakukan YouGov, hampir separuh daripada 2,000 ibu bapa di UK berpendapat bahawa mempunyai dua orang anak akan memberi kebahagiaan tertinggi.

Empat belas peratus penduduk dewasa di UK pula berpendapat bahawa tiga adalah jumlah yang bersesuaian manakala 10 peratus lagi percaya hanya seorang anak diperlukan.

Namun, kajian tersebut turut mendapati bahawa ibu bapa yang mempunyai seorang anak adalah pasangan yang paling menginginkan seorang lagi cahaya mata dengan 14 peratus daripada mereka memberi alasan untuk memberi "adik" dan juga kawan kepada anak mereka manakala lima peratus lagi tidak ingin hanya ada seorang anak.

Di tengah-tengah inflasi yang meningkat, kos penjagaan kanak-kanak yang semakin meningkat dan ekonomi yang tidak stabil, tidak hairanlah satu daripada lima orang dewasa (20 peratus) membuat keputusan untuk tangguh daripada menambah seorang lagi anak.

Menariknya, ia lebih tinggi dalam kalangan lelaki, iaitu satu daripada empat melihat kewangan keluarga sebagai faktor untuk tidak menambah anak. - Yahoo Life Uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain